Monday, July 19, 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010-ENTRI KETUJUH

PERHIASAN PAKAIAN TRADISIONAL MELAYU.



Kancing baju atau lebih dikenali dengan panggilan kerongsang yang digunakan semasa memakai baju kebaya labuh atau kebaya pendek sudah terkenal di kalangan orang Melayu,Portugis,Nyonya peranakan sejak berkurun-kurun yang lampau.Beberapa biji kerongsang dipakai untuk mencantumkan baju yang dipakai supaya tidak terdedah.Kerongsang ini dipakai dalam bentuk set tiga biji yang seragam bentuknya atau berlainan tetapi yang seragam motifnya iaitu dua biji bulat sama besar dan satu lagi kerongsang ibu yang berbentuk hatu yang disematkan di bahagian atas sekali.

Kerongsang-kerongsang yang ada jelas menunjukkan bahawa ia terdiri daripada pelbagai rekabentuk yang sukar diulas satu persatu. Ada juga di antra kerongsang ini bersambung atau berangkai di antara satu sama lain dengan rantai yang dijalin. Tujuannya ialah untuk memastilan supaya ia tidak bercerai atau tercicir semasa dipakai.Satu lagi keistimewaan kerongsang yang seumpama ini ialah ia dapat memaparkan keindahan senireka tukang-tukang emas zaman sahulu yang unggul dan halus kerja seninya.Terdapat juga kerongsang yang bertatahkan permata yang pelbagai warna.Ini bagu menambahkan seri pasa pakaian tradisional seperti baju kebaya.


PERHIASAN NYONYA KEBAYA.

Kerongsang yang dipakai oleh Nyonya peranakan dapat dikenali dengan mudah lazimnya kerongsang-kerongsang mereka dihiasi batu permata di sekeliling bulatan atau di sekeliling bahagian tepi kerongsang ibu yang berbentuk hati
.

No comments: