Wednesday, July 14, 2010

PERTANDINGAN BLOG ENTRI KELIMA

PAKAIAN TRADISIONAL

Baju Melayu,




Baju melayu yang dipakai biasanya terbagi kepada dua,iaitu baju Melayu potongan Teluk Belanga dan potongan Cekak Musang.Baju melayu dijahit dalam dua cara iaitu berpesak atau potongan moden atau dipanggil pontongan Cina.Di mana lengan bajudisambungkan kepada bandan baju.Iaitu secara di sambung terus atau di jahitkan kebahagian lain yang dinamakan pesak dan kekek. Pemakai Baju Melayu kelihatan lebih berseri apabila mengenakan samping dan songker.Pada acara-acara biasa seperti kenduri-kendara dan Sembahyang Jumaat, ia dipakai bersama kain pelekat atau kain tenun sutera.



Teluk Belanga,










Potongan teluk belanga bahagian lehernya hanya dijahit secara sulaman.Terdapat pelbagai bentuk sulaman yang dipadankan seperti Mata Lalat,Tulang Belut dan sebagainya.Cara memakai baju Melayu teluk Belanga biasanya sampingnya dipakai di luar baju.


Cekak musang,












Potongan Cekak musang berbentuk seperti leher baju India hanya bahagian penutup atau rumah butangnya bertindan.Cara memakai baju Melayu Cekak Musang biasanya bajunya dipakai di dalam sampin.

No comments: