Friday, July 30, 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 ENTRI KESEPULUH

Saya lebih memahami tentang budaya melayu kita selepas menyertai pertandingan blog ini.





Saya akan mengakhirkan catatan ini dengan sebuah puisi.

Pakaian melayu warisan kita,
Saya tidak memerhatikan sejarah apa disebaliknya,
Selepas menyertai pertandingan ini,
Saya tahu sebernanya,

Saya tertarik dengan budaya melayu kami,
Kerana hingga sekarang masih berkekalan,
Jadi mari kami menghargai,
Hari bulan bahasa kita.

Wednesday, July 28, 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010-ENTRI KESEMBILAN

PAKAIAN TRADISIONAL MELAYU






Pada zaman sekarang kaum wanita moden, tanpa mengira bangsa, telah mengubahsuai kerongsang lama dan dapat dipakai sebagai satu bahan hiasan yang dipinkan kepada baju moden ataupun dilekatkan di sudut sebelah kiri baju kot. Kerongsang juga adakalanya digunakan oleh pengantin lelaki untuk menghiasi songkoknya terutama untuk majlis perkahwinan dan acara-acara formal bertemakan busana Melayu.

Tuesday, July 27, 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010-ENTRI KELAPAN

Hari kerharmonian Kaum

Hari kerharmonian kaum disambut pada 21 Julai setiap tahun. Pada hari itu semua warga Singapura merayakan dan memahami agama dan budaya bangsa lain seperti Melayu,Tionghua dan India.

Pada hari itu juga sekolah-sekolah di Singapura akan meraikan hari kerhamonian kamu,supaya para pelajar seperti kami dapat menghargai budaya bangsa lain dan budaya kita sendiri.Pada hari ini juga para pelajar digalakkan memakai pakaian baju tradisional sendiri atau memakai pakaian kaum lain.



Monday, July 19, 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010-ENTRI KETUJUH

PERHIASAN PAKAIAN TRADISIONAL MELAYU.



Kancing baju atau lebih dikenali dengan panggilan kerongsang yang digunakan semasa memakai baju kebaya labuh atau kebaya pendek sudah terkenal di kalangan orang Melayu,Portugis,Nyonya peranakan sejak berkurun-kurun yang lampau.Beberapa biji kerongsang dipakai untuk mencantumkan baju yang dipakai supaya tidak terdedah.Kerongsang ini dipakai dalam bentuk set tiga biji yang seragam bentuknya atau berlainan tetapi yang seragam motifnya iaitu dua biji bulat sama besar dan satu lagi kerongsang ibu yang berbentuk hatu yang disematkan di bahagian atas sekali.

Kerongsang-kerongsang yang ada jelas menunjukkan bahawa ia terdiri daripada pelbagai rekabentuk yang sukar diulas satu persatu. Ada juga di antra kerongsang ini bersambung atau berangkai di antara satu sama lain dengan rantai yang dijalin. Tujuannya ialah untuk memastilan supaya ia tidak bercerai atau tercicir semasa dipakai.Satu lagi keistimewaan kerongsang yang seumpama ini ialah ia dapat memaparkan keindahan senireka tukang-tukang emas zaman sahulu yang unggul dan halus kerja seninya.Terdapat juga kerongsang yang bertatahkan permata yang pelbagai warna.Ini bagu menambahkan seri pasa pakaian tradisional seperti baju kebaya.


PERHIASAN NYONYA KEBAYA.

Kerongsang yang dipakai oleh Nyonya peranakan dapat dikenali dengan mudah lazimnya kerongsang-kerongsang mereka dihiasi batu permata di sekeliling bulatan atau di sekeliling bahagian tepi kerongsang ibu yang berbentuk hati
.

PERTANDINGAN BLOGGING 2010-ENTRI KEENAM

SEJARAH PAKAIAN TRADISIONAL.

Baju cekak musang,

Istilah ini berhubung langsung dengan pola lingkaran leher baju, tengkuk ‘cekak’ tinggi atau leher tegak empang leher. Pengertian ‘cekak musang’ merakamkan imej alami untuk leher baju yang bercekak tinggi berdiri (2.5cm) melingkari leher. Ukuran ditentukan oleh lingkaran (bulat) yang dibuat dengan ibu jari lain yang bertemu hujungnya. Baju ini mula dipakai di Johor ketika pemerintahan Sultan Ibrahim Ibni Sultan Abu Bakar.

Baju teluk belanga,

Baju ini mula di perkenalkan di Teluk Belanga, Singapura dan tersebar luas sebagai ciri khas johor khususnya pada abad ke-19. Ia juga dikatakan sejenis pakaian lelaki yang dikatakan telah direka oleh Sultan Abu Bakar pada tahun 1866 untuk meraikan perpindahan ibu negeri Johor dari Teluk Belanga di Singapura ke Johor Bahru. Walau bagaimanapun istilah ini akhirnya menjadi ciri khas masyarakat Melayu hingga disebut selengkapnya ‘Baju Melayu’.

Wednesday, July 14, 2010

PERTANDINGAN BLOG ENTRI KELIMA

PAKAIAN TRADISIONAL

Baju Melayu,




Baju melayu yang dipakai biasanya terbagi kepada dua,iaitu baju Melayu potongan Teluk Belanga dan potongan Cekak Musang.Baju melayu dijahit dalam dua cara iaitu berpesak atau potongan moden atau dipanggil pontongan Cina.Di mana lengan bajudisambungkan kepada bandan baju.Iaitu secara di sambung terus atau di jahitkan kebahagian lain yang dinamakan pesak dan kekek. Pemakai Baju Melayu kelihatan lebih berseri apabila mengenakan samping dan songker.Pada acara-acara biasa seperti kenduri-kendara dan Sembahyang Jumaat, ia dipakai bersama kain pelekat atau kain tenun sutera.



Teluk Belanga,










Potongan teluk belanga bahagian lehernya hanya dijahit secara sulaman.Terdapat pelbagai bentuk sulaman yang dipadankan seperti Mata Lalat,Tulang Belut dan sebagainya.Cara memakai baju Melayu teluk Belanga biasanya sampingnya dipakai di luar baju.


Cekak musang,












Potongan Cekak musang berbentuk seperti leher baju India hanya bahagian penutup atau rumah butangnya bertindan.Cara memakai baju Melayu Cekak Musang biasanya bajunya dipakai di dalam sampin.

PERTANDINGAN BLOG ENTRI KEEMPAT

Pakaian tradisional

Sejarah baju kebaya.

Menurut Denys Lombard dalam bukunya Nusa Jawa: silang Budaya (1996) Kebaya berasal dari bahasa Arab ‘Kaba’ yang bererti ‘pakaian’ dan diperkenalkan lewat bahasa Portugis ketika mereka mendarat di Asia Tenggara. Kata Kebaya diertikan sebagai jenis pakaian (atasan/blouse) pertama yang dipakai wanita Indonesia pada kurun waktu abad ke-15 atau ke-16 Masihi. Hujah Lombard tentu berterima terutama lewat analogi penelusuran lingustik yang toh sampai sekarang kita masih mengenal ‘Abaya’ yang berarti tunik panjang khas Arab. Sementara sebagian yang lain percaya Kebaya ada kaitannya dengan pakaian tunik perempuan pada masa kekasiran Ming di Tiongkok, dan pengaruh ini ditularkan setelah imigrasi besar-besaran menyambangi semenanjung Asia Selatan dan Tenggara di abad ke-13 hingga ke-16 Masehi.
diambil di http://ms.wikipedia.org/wiki/Baju_Kebaya.