Ramai remaja-remaja sekarang mempunyai blog,ada golongon mereka yang mempunyai blog dan menyalahgunakan blog itu.Bagi saya, cara-cara seorang pengguna blogger yang bertanggungjawab adalah seperti seseorang itu haruslah menulis blognya dengan kata-kata yang tidak menyakitkan hati dan bukan kata-kata yang kasar.Seseorang itu juga harus memikir bahawa jika apa yang telah mereka taipkan itu akan menyakitkan hati sesiapa dahulu sebelum menekan butang 'publish post'.Seseorang blogger tidak harus meletakkan gambar seseorang tanpa izin mereka dan dia juga tidak harus menaipkan komen yang jahat atau kasar kerana hanya kemarahan terhadap seseorang itu.Seseorang blogger tidak harus mencatatkan komen negatif di cbox blogger lain,dan tidak menyamah sebagai orang lain kerana tidak ingin blogger itu tahu identiti nya.
Jikalau seseorang blogger itu membuat benda buruk seperti sedemikian,malah masalah akan timbul.Pergaduhan juga boleh timbul oleh pihak yang lain yang mungkin terasa pada post yang telah dipublikasikan oleh blogger itu.Blogger yang mengianti seseorang di blog memikirkan bahawa mereka hanya ingin meluahkan perasaan dendam terhadap seseorang itu.Dan apabila orang yang dimaksudnya itu terbaca postnya itu,malah,orang yang dimaksudnya itu akan terasa dan mempunyai perasaan dendam juga dan itu,akan menimbulkan sebuah pergaduhan antara dua pihak itu.Seseorang juga tidak digalakkan meletakkan layout yang tidak senonoh.Jikalau tidak ia akan menunjukkan nama buruk blogger itu dan akan namakannya sebagai seorang akir baligh.
Dengan itu,seseorang harus menjaga kata-kata yang telah blogger itu menaipkan dan harus fikir jika ia akan menimbulkan masalah atau tidak.Dan memilihlah layout yang sempurna.
Jika tidak ,orang yang disakitkan hati itu akan menyebarkan tentang apa yang telah anda lakukan dan kemungkinan kamu akan kehilangan kawan-kawan dan dapati nama buruk. Jadi,jika kamu tidak mahu seperti apa yang akan berlaku, elaklah dari membuat perkara yang kurang elok.
No comments:
Post a Comment